Cara yang mudah untuk mula berblogging adalah dengan membuka akaun di Blogger. Blogger adalah sebuah blogging platform dibawah Google yang sangat mudah untuk dikendalikan jika dibanding dengan platform-platform blogging yang lain. Jika awak masih baru dalam idea buat duit melalui blogging ini, saya sarankan awak mula membiasakan diri dengan blogger dahulu.
Cara membuka akaun blogging di Blogger:-
- Sign in di Blogger dengan akaun Google awak (i.e. Gmail, etc.)
- Pilih nama yang sesuai untuk blog awak. Contohnya, jika blog awak akan menyampaikan tentang cara-cara menjana duit dari internet (duit-dari-internet.blogspot.com).
- Pilih template yang simple dan sedap mata memandang. Lebih baik jika menggunakan template yang meletakkan blog post anda di sebelah kiri manakala gadget-gadget berada di sebelah kanan. Ini kerana ada beberapa expert blogging mengatakan search engine robots (robot enjin pencarian) membaca blog kita dari kiri ke kanan.
- Tulis dan terbitkan (publish) sebuah post. Pastikan post pertama awak mengenalkan diri awak dan menyatakan apa yang awak ingin sampaika dalam blog awak. Jangan lupa kata kunci (keywords) dalam post awak.
- Tetapkan tetapan (settings) bagi blog awak. Segala tetapan adalah ikut sesuka hati awak tapi pasti kan awak meletakkan blog awak pada setting 'Public' dengan menetapkan 'yes' untuk "Add to our listings" dan "Let search engines find your blog".




Tiada ulasan:
Catat Ulasan