Sabtu, 10 April 2010

Perkara penting yang perlu dibuat bila inginkan blog diindex dengan cepat


Jika awak baru mula start blogging mesti susah kan nak dapat web traffic. Lebih-lebih lagi bila kena tunggu berbulan-bulan untuk blog awak diindex di mana-mana enjin pencarian. Satu kebaikan jika blog awak diindex dengan cepat adalah ia menjadi lebih mudah untuk orang mencari blog awak dan bila orang senang cari, senang la awak mendapatkan web traffic. So, pada blog post kali ini saya akan memberitahu awak bagaimana nak mempercepatkan blog indexing awak melalui cara 'pinging'

Pinging adalah satu cara untuk memberitahu enjin-enjin pencarian blog yang awak sudah meng-updatekan atau menulis blog post baru di blog awak. Ia mudah dan senang dilakukan dan diamal oleh kebanyakkan blogger-blogger terkenal.

So bagaimana nak mempercepatkan blog indexing?

Pengguna Blogger.com
Sorry la. Bila servis blogging yang lain boleh buat pinging secara automatik, pengguna blogger (termasuk saya) kena buat pinging secara manual tiap-tiap kali letak post baru di blog. Tapi jgan risau. Ia mudah dan bila dah buat sekali, kali kedua awak pergi ke ping servis tu info tentang blog awak masih kekal dan awak hanya perlu tekan butang 'send pings' tu je.
  1. Pertama sekali, tetapkan blog awak untuk public viewing: Pergi ke 'setting' di dashboard awak dan untuk item seperti 'Let search engines find your blog?' dan 'Add your blog to our listings?' tetapkan 'yes' untuk kedua-duanya.
  2. Lepas setiap blog post, awak boleh gunakan servis-servis ping seperti Pingoat, Pingates atau Ping-o-matic. Cuma isikan nama dan address blog awak dan pilih mana enjin pencarian blog yang awak ingin ping. 
Pengguna Wordpress
Awak boleh tetapkan untuk blog awak menghantarkan ping secara automatik.
  1. Tetapkan blog awak untuk public viewing: Pergi ke 'settings' kemudian 'public' pastu pilih untuk blog awak di 'viewed by everyone' (ayat dia panjang sikit so pandai-pandai la pilih)
  2. Pergi ke 'settings' lagi sekali dan pilih 'writing'. Disitu awak perlu copy dan paste list dibawah.
http://rpc.pingomatic.com/
http://feedshark.brainbliss.com/
http://api.feedster.com/ping
http://ping.blo.gs/
http://rpc.blogrolling.com/pinger/
http://rpc.icerocket.com:10080/
http://rpc.weblogs.com/RPC2
http://www.blogoole.com/ping/
http://www.blogoon.net/ping/
http://www.newsisfree.com/RPCCloud
http://www.popdex.com/addsite.php
http://www.snipsnap.org/RPC2
http://www.wasalive.com/ping/
http://www.blogsdominicanos.com/ping/
http://www.xianguo.com/xmlrpc/ping.php
http://www.feedsky.com/api/RPC2
http://api.moreover.com/RPC2
http://blogsearch.google.com/ping/RPC2
http://ping.syndic8.com/xmlrpc.php
http://xping.pubsub.com/ping

So ini adalah satu taktik yang awak boleh buat untuk mempercepatkan blog indexing awak. Lebih cepat awak diindex, lagi senang orang nak cari awak dan lebih banyak web traffic yang akan datang ke blog awak. Selamat mencuba. :)

Rabu, 31 Mac 2010

Kenapa Penting Guna Twitter dan Bagaimana nak Naikkan Bilangan Pengikut

Kenapa penting guna Twitter?

Twitter sekarang walaupun baru berapa tahun ditubuhkan (sejak 2006) dah ada berjuta pengguna.  Sekarang sudah ramai orang menggunakan Twitter untuk 'keep-in-touch' dengan rakan-rakan, keluarga, dan juga mereka yang mempunyai minat dalam bidang yang sama. Selain itu, Twitter digunakan untuk menyampaikan isu-isu semasa, gosip-gosip terbaru, 'gadget-gadget' terbaru dan banyak lagi.

Jika awak ingin buat duit dengan blogging, awak perlulah ada networking yang ramai. Jika awak tiada akaun Twitter, awak boleh buka akaun Twitter disini. Sudah ramai juga blogger yang menggunakan Twitter sebagai tempat dimana mereka meng-update-kan pengikut-pengikutnya tentang blog post terbaru yang dikeluarkan, produk terkini dan sebagainya. Blogger yang bijak akan tahu yang menggunakan Twitter boleh membawa web traffic ke blog dengan mudah dan percuma. Ideanya adalah untuk mendapatkan seberapa ramai pengikut di Twitter dan dari masa ke semasa menginformkan mereka tentang perkara terbaru yang terdapat di blog awak dan menyediakan satu link yang akan membawa mereka ke blog awak. 'Instant web traffic'.

Jadi bagaimana nak naikkan bilangan pengikut di Twitter?
  1. Sediakan profile yang pendek tapi lengkap. Terangkan tentang diri awak dan apa minat awak dan lettakkan satu link ke blog awak. Awak boleh membuatkan profile awak lebih menarik dengan meletakkan satu background pilihan awak yang boleh didapati dari internet. Contohnya dari FreeTwitterDesigner.com
  2. Mula dapatkan pengikut (followers) dengan mengikuti rakan-rakan yang sudah pun menggunakan Twitter. Ikutlah rakan-rakan mereka dan cari pengguna Twitter yang mempunyai minat yang sama dengan awak. Semakin ramai pengikut awak lebih ramai yang boleh awak jadikan web traffic ke blog awak. 
  3. Tweet dan Re-tweet tentang apa saja yang awak mahu. Memang idea utama menggunakan Twitter adalah untuk awak meng-informkan rakan-rakan awak tentang blog awak. Tapi jangan asyik mengiklankan blog awak terlalu kerap. Sekali-sekali selitkan info-info terbaru yang awak, ayat-ayat 'quotations' atau lawak jenaka yang boleh menarik minat pengikut awak.
  4. Auto-follow dan Auto-find. Ini adalah beberapa program yang membolehkan awak mengikut (follow) atau diikuti (followed) secara automatik. Contohnya jika awak terlalu mempunyai terlalu ramai pengikut yang perlu diikuti, jenuhlah jika awak perlu ikuti satu per satu. Jadi program seperti 'Social Oomph' adalh percuma dan membolehkan awak mengikuti semua pengikut awak secara automatik. Manakala, jika awak inginkan lebih ramai lagi pengikut, tapi malas nak cari. Saya sarankan program seperti Tweetomatic Profiteer. Program ini membolehkan awak mengikut sebilangan orang secara automatik dengan harga yang murah.
  5. Viral marketing pula boleh dilakukan jika awak inginkan ramai pengikut. Cara ini percuma dan jika awak berminat, klik disini.
  6. Letakkan link ke Twitter akaun awak di Facebook atau Myspace. Cara ini awak boleh mendapatkan lebih ramai pengikut yang datang dari servis-servis lain. Caranya mudah dengan hanya meletakkan Twitter badge di profile Facebook awak.
Saya harap tips ini berguna pada awak. Saya harap ia dapat membantu awak membawa lebih banyak web traffic ke blog awak. Ingat! Ideanya adalah untuk mendapatkan seberapa banyak pengikut di Twitter. Lagi ramai pengikut, lagi ramai orang yang akan melihat blog awak.

Jumaat, 26 Mac 2010

Nak dapatkan Web Traffic tanpa berbelanja?

Web traffic adalah apabila awak mempunyai pembaca-pembaca yang sentiasa datang ke blog awak. Itulah yang paling penting sebenarnya. Apa gunanya jika ada blog yang takde orang baca. Jika awak ingin buat duit dari blog, awak perlulah mempunyai web traffic yang sentiasa datang ke blog awak. Ada cara yang senang untuk mendapatkan web traffic. Cara yang paling senang adalah untuk membeli satu program yang boleh membawa traffic ke blog awak. Tapi masalahnya dengan program-program seperti ini kebanyakannya scam! So sanggup ke awak mengambil risiko itu?

So meh saya bagitahu bagaimana awak boleh mendapatkan web traffic secara percuma.

Ada beberapa cara yang awak boleh buat, contohnya artikel marketing. Cara ini adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan web traffic. Expert-expert bagi bisnes online sukakan cara ini kerana bukan saja ia membuat back-links kepada blog awak, sambil itu ia juga satu pelaburan jangka panjang untuk blog awak jika awak konsisten membuat artikel dari masa ke semasa.

Selain itu, awak boleh juga membuat sosial media marketing. Saya pasti Facebook dan Twitter tidak asing bagi awak kan? Program-program lain seperti Technorati, Squidoo, Delicious, Digg, Stumbleupon dan lain-lain juga boleh digunakan untuk mendapatkan web traffic ke blog awak. Semestinya dalam membuat bisnes online ini kenalah pandai networking. Contohnya dalam Facebook saja sudah ada 400 juta pengguna. Jika digunakan dengan cara yang betul sudah pasti awak boleh dapatkan web traffic awak dari situ.

Satu lagi cara yang awak boleh buat untuk mendapatkan web traffic adalah dengan mengunakan Youtube untuk market blog awak. Video-video yang menarik dan boleh memberi manfaat kepada pengguna-pengguna online bo;eh menarik web traffic ke blog awak juga.

Dan akhir sekali adalah meninggalkan komen pada artikel blog-blog lain. Meninggalkan komen boleh membuat robot-robot yang membaca blog itu pergi ke blog awak juga. Selain itu, awak boleh membuat back-links ke blog awak dan menimba ilmu dari blogger-blogger lain.

Ini adalah beberapa contoh perkara-perkara yang awak boleh buat untuk mendapatkan web traffic secara percuma. Walaubagaimnapun, cara-cara ini perlukan masa dan usaha yang tekun daripada awak untuk menjayakannya. Selamat mencuba!

Rabu, 24 Mac 2010

Mula blogging dengan cara mudah


Cara yang mudah untuk mula berblogging adalah dengan membuka akaun di Blogger. Blogger adalah sebuah blogging platform dibawah Google yang sangat mudah untuk dikendalikan jika dibanding dengan platform-platform blogging yang lain. Jika awak masih baru dalam idea buat duit melalui blogging ini, saya sarankan awak mula membiasakan diri dengan blogger dahulu.

Cara membuka akaun blogging di Blogger:-  
  1. Sign in di Blogger dengan akaun Google awak (i.e. Gmail, etc.) 
  2. Pilih nama yang sesuai untuk blog awak. Contohnya, jika blog awak akan menyampaikan tentang cara-cara menjana duit dari internet (duit-dari-internet.blogspot.com). 
  3. Pilih template yang simple dan sedap mata memandang. Lebih baik jika menggunakan template yang meletakkan blog post anda di sebelah kiri manakala gadget-gadget berada di sebelah kanan. Ini kerana ada beberapa expert blogging mengatakan search engine robots (robot enjin pencarian) membaca blog kita dari kiri ke kanan.
  4. Tulis dan terbitkan (publish) sebuah post. Pastikan post pertama awak mengenalkan diri awak dan menyatakan apa yang awak ingin sampaika dalam blog awak. Jangan lupa kata kunci (keywords) dalam post awak.
  5. Tetapkan tetapan (settings) bagi blog awak. Segala tetapan adalah ikut sesuka hati awak tapi pasti kan awak meletakkan blog awak pada setting 'Public' dengan menetapkan 'yes' untuk "Add to our listings" dan "Let search engines find your blog".
Begitu mudah nak membuka akaun blogging. Tetapi ada banyak lagi tips-tips yang berguna yang boleh awak ikuti untuk menjana duit dari internet melalui blogging. Itu saya akan terangkan diwaktu lain k..=)

Jumaat, 19 Mac 2010

Betapa pentingnya sebuah blog post yang bagus

Bagi setiap blogger, yang paling penting adalah mempunyai pembaca yang ramai dan sentiasa datang ke blognya. Jika awak sentiasa mengeluarkan blog post yang bagus-bagus, sudah tentu pembaca awak akan datang selalu. Tapi bagaimana nak mengeluarkan blog post yang bagus?
Pastikan awak mempunyai ciri-ciri berikut didalam artikel awak.:-
  1. Berinformasi dan berguna: Sebuah blog post yang bagus perlu mempunyai informasi terkini yang berguna kepada pembaca awak. Kebanyakan pembaca sukakan artikel yang mengajar dan membantu mereka bagaimana ingin membuat sesuatu perkara.
  2. Simple tapi menarik: Awak tak perlu karang blog post yang panjang. Biar cukup bagi menyampaikan apa yang ingin disampaikan. Kalau berbunga-bunga pun tak guna jugak. Ingat! Pembaca lagi suka info yang padat dan lengkap. Pembaca sukakan sebuah blog post yang menarik. Bubuh la gambar ke, video ke untuk menarik perhatian pembaca awak.
  3. Berinteraksi: Galakkan pembaca awak untuk meninggalkan komen. Selitkan beberapa soalan didalam blog post awak dan lihat bagaimana reaksi pembaca awak terhadap perkara yang awak bincangkan.
  4. Membantu: Sebuah blog post yang bagus, walaupun berinformasi, tak bermaksud ia dapat menjawab soalan mereka. Sekali-sekala, jawablah soalan yang ditanya oleh pembaca awak.
  5. Relaks: Berehatlah seketika bersama Kit-Kat. :) Takkan asik bekerja tapi takde rehat? Sekali sekala, keluarkanlah blog post yang kelakar ataupun post satu video yang menarik dalam blog awak. Youtube kan banyak.
Sebenarnya, banyak lagi cara yang kita boleh buat untuk mengeluarkan sebuah blog post yang menarik. Tapi, yang tu kita bincang kemudian lah k.. =)

Rabu, 17 Mac 2010

Bagaimana nak menjana duit dari blog?

Salah satu cara nak menjana duit dari blogging adalah dengan menjadi seorang affiliate blogger. Apa tu? 

Affiliate blogger adalah seorang blogger yang mempromote produk seorang penebit melalui sebuah program affiliate. Kalau penerbit Malaysia, mereka lebih cenderung membuat program affiliate mereka sendiri. Sementara penerbit Amerika lagi suka masukkan penerbitan mereka dalam program affiliate seperti Clickbank iaitu program affiliate terbesar di dunia. Dengan program ini, awak akan membantu seorang penerbit untuk menjual produknya dan mendapat sedikit komisyen.

Kenapa perlu jadi affiliate blogger? 

Sambil awak habiskan berjam-jam blogging apa salahnya buat duit sikit. Satu kebaikan jadi affiliate blogger ni awak tak perlu karang ayat panjang-panjang tentang kebaikan produk tersebut (kalau rajin buat, lagi bagus sebenarnya) tapi hanya meletakkan satu link di blog awak dimana pembaca awak boleh klik dan beli produk tersebut. Meh saya terangkan macam mana nak buat.

Sebelum apa-apa, awak perlu berdaftar dengan tuan punya produk sebagai seorang affiliate. Selepas itu, awak akan diberikan satu link yang disertakan dengan ID awak. Link ini awak perlu letakkan di blog awak. Tak kisah lah mana-mana pun. Asalkan link itu boleh di klik oleh pembaca awak dan membawanya ke sales page tuan punya produk. Senang tak?

Macammana awak boleh dapat duit dengan cara ini?


Di link yang awak akan dapat selepas berdaftar dengan program affiliate akan di selitkan ID awak. Contohnya, http://alamatsalespage/ID awak. Jadi bila ada orang yang beli produk penerbit melalui link awak, penerbit akan jejak balik pembelian itu datang dari blog awak. Jadi, awak dapat la komisyen yang dijanjikan. Simple kan?


Simple ker?

Tapi sebenarnya, benda yang senang buat la mencabar sikit kerana banyak persaingan. Tapi jika hendak difikirkan, ia tidaklah mustahil. Setiap satu ada cara untuk membuatnya. Yang penting ialah usaha yang konsisten setiap masa ke semasa. Menjadi affiliate dengan blogging merupakan satu teknik menjana pendapatan internet jangka panjang yang terbaik pada masa kini.

Isnin, 15 Mac 2010

Selamat Datang!

Hi,
Selamat datang ke blog saya. Blog ni saya buat sebab saya nak kongsi pengalaman saya mengenai cara-cara nak buat duit online. Mesti awak pernah dengar kan? Dah ramai blogger yang dah berjaya buat duit di internet. Dah ramai yang kongsi pengalaman mereka dengan cara blogging dan awak mesti tertanya-tanya 'kenapa tak saya?'

Saya pun tanya benda yang sama. Semua orang boleh buat. Kenapa tak kita. So, mari kita sama-sama buat duit dari blog!