Twitter sekarang walaupun baru berapa tahun ditubuhkan (sejak 2006) dah ada berjuta pengguna. Sekarang sudah ramai orang menggunakan Twitter untuk 'keep-in-touch' dengan rakan-rakan, keluarga, dan juga mereka yang mempunyai minat dalam bidang yang sama. Selain itu, Twitter digunakan untuk menyampaikan isu-isu semasa, gosip-gosip terbaru, 'gadget-gadget' terbaru dan banyak lagi.
Jika awak ingin buat duit dengan blogging, awak perlulah ada networking yang ramai. Jika awak tiada akaun Twitter, awak boleh buka akaun Twitter disini. Sudah ramai juga blogger yang menggunakan Twitter sebagai tempat dimana mereka meng-update-kan pengikut-pengikutnya tentang blog post terbaru yang dikeluarkan, produk terkini dan sebagainya. Blogger yang bijak akan tahu yang menggunakan Twitter boleh membawa web traffic ke blog dengan mudah dan percuma. Ideanya adalah untuk mendapatkan seberapa ramai pengikut di Twitter dan dari masa ke semasa menginformkan mereka tentang perkara terbaru yang terdapat di blog awak dan menyediakan satu link yang akan membawa mereka ke blog awak. 'Instant web traffic'.
Jadi bagaimana nak naikkan bilangan pengikut di Twitter?
- Sediakan profile yang pendek tapi lengkap. Terangkan tentang diri awak dan apa minat awak dan lettakkan satu link ke blog awak. Awak boleh membuatkan profile awak lebih menarik dengan meletakkan satu background pilihan awak yang boleh didapati dari internet. Contohnya dari FreeTwitterDesigner.com
- Mula dapatkan pengikut (followers) dengan mengikuti rakan-rakan yang sudah pun menggunakan Twitter. Ikutlah rakan-rakan mereka dan cari pengguna Twitter yang mempunyai minat yang sama dengan awak. Semakin ramai pengikut awak lebih ramai yang boleh awak jadikan web traffic ke blog awak.
- Tweet dan Re-tweet tentang apa saja yang awak mahu. Memang idea utama menggunakan Twitter adalah untuk awak meng-informkan rakan-rakan awak tentang blog awak. Tapi jangan asyik mengiklankan blog awak terlalu kerap. Sekali-sekali selitkan info-info terbaru yang awak, ayat-ayat 'quotations' atau lawak jenaka yang boleh menarik minat pengikut awak.
- Auto-follow dan Auto-find. Ini adalah beberapa program yang membolehkan awak mengikut (follow) atau diikuti (followed) secara automatik. Contohnya jika awak terlalu mempunyai terlalu ramai pengikut yang perlu diikuti, jenuhlah jika awak perlu ikuti satu per satu. Jadi program seperti 'Social Oomph' adalh percuma dan membolehkan awak mengikuti semua pengikut awak secara automatik. Manakala, jika awak inginkan lebih ramai lagi pengikut, tapi malas nak cari. Saya sarankan program seperti Tweetomatic Profiteer. Program ini membolehkan awak mengikut sebilangan orang secara automatik dengan harga yang murah.
- Viral marketing pula boleh dilakukan jika awak inginkan ramai pengikut. Cara ini percuma dan jika awak berminat, klik disini.
- Letakkan link ke Twitter akaun awak di Facebook atau Myspace. Cara ini awak boleh mendapatkan lebih ramai pengikut yang datang dari servis-servis lain. Caranya mudah dengan hanya meletakkan Twitter badge di profile Facebook awak.




