Rabu, 17 Mac 2010

Bagaimana nak menjana duit dari blog?

Salah satu cara nak menjana duit dari blogging adalah dengan menjadi seorang affiliate blogger. Apa tu? 

Affiliate blogger adalah seorang blogger yang mempromote produk seorang penebit melalui sebuah program affiliate. Kalau penerbit Malaysia, mereka lebih cenderung membuat program affiliate mereka sendiri. Sementara penerbit Amerika lagi suka masukkan penerbitan mereka dalam program affiliate seperti Clickbank iaitu program affiliate terbesar di dunia. Dengan program ini, awak akan membantu seorang penerbit untuk menjual produknya dan mendapat sedikit komisyen.

Kenapa perlu jadi affiliate blogger? 

Sambil awak habiskan berjam-jam blogging apa salahnya buat duit sikit. Satu kebaikan jadi affiliate blogger ni awak tak perlu karang ayat panjang-panjang tentang kebaikan produk tersebut (kalau rajin buat, lagi bagus sebenarnya) tapi hanya meletakkan satu link di blog awak dimana pembaca awak boleh klik dan beli produk tersebut. Meh saya terangkan macam mana nak buat.

Sebelum apa-apa, awak perlu berdaftar dengan tuan punya produk sebagai seorang affiliate. Selepas itu, awak akan diberikan satu link yang disertakan dengan ID awak. Link ini awak perlu letakkan di blog awak. Tak kisah lah mana-mana pun. Asalkan link itu boleh di klik oleh pembaca awak dan membawanya ke sales page tuan punya produk. Senang tak?

Macammana awak boleh dapat duit dengan cara ini?


Di link yang awak akan dapat selepas berdaftar dengan program affiliate akan di selitkan ID awak. Contohnya, http://alamatsalespage/ID awak. Jadi bila ada orang yang beli produk penerbit melalui link awak, penerbit akan jejak balik pembelian itu datang dari blog awak. Jadi, awak dapat la komisyen yang dijanjikan. Simple kan?


Simple ker?

Tapi sebenarnya, benda yang senang buat la mencabar sikit kerana banyak persaingan. Tapi jika hendak difikirkan, ia tidaklah mustahil. Setiap satu ada cara untuk membuatnya. Yang penting ialah usaha yang konsisten setiap masa ke semasa. Menjadi affiliate dengan blogging merupakan satu teknik menjana pendapatan internet jangka panjang yang terbaik pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan